SUDUT BACAAN

DOA KH ZAINUDDIN MZ  
MENGAKHIRI TAUSIYAH BELIAU SEMPENA RAMADHAN

على هذه النية وإلى حضرة النبي ....الفاتحة
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحموما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مشكورا وتفرقنا من بعده تفرقا مغفورا .
اللهم اجعلنا من السعداء المقبولين ولا تجعلنا من الأشقياء المردودين .
ربنا تقبل منا صلاتنا وصيامنا وقيامنا وتخشعنا وتعبدنا وتضرعنا وتمم تقصيرنا برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم أصلح من في صلاحه صلاح المسلمين ، اللهم أهلك من في هلاكه صلاح المسلمين .
يا الله دڠن سڤنوه ڤراسأن دان ڤڠهارڤن ، دڠن سݢل كلماهن دان كرندهن كامي برموهون كڤدمو، بريكن كامي ككواتن ظاهر دان باطن . بريكن كامي كصبرن دان كتابهن ، سيكڤ إستقامة دالم مڠاروڠي هيدوڤ يڠ ڤنوه أوجين إين . كارونياكن كڤد كامي ڤميمڤين – ڤميمڤين يڠ تاكوت كڤد مو دان سايڠ كڤد كامي .
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما .
أفضل ما قلته أنا والنبيون من قبلي لاإله إلا الله محمد رسول الله .
آمين ، كلمة حق عليها نحيى وعليها نموت ، وعليها وبها نبعث إن شاء الله من الآمنين برحمتك يا أرحم الراحمين .
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين . سبحان ربك رب العزة عما يصفون ، وسلام على المرسلين ، والجمد لله رب العالمين .

 

KHUTBAH JUMAAT
Disampaikan oleh : Ustaz Haji Wan Abdullah Bin Wan Puteh Hafizhahullah.
Di Masjid Syed Muhammad Al Bukhari Pantai Johor.
Ditulis semula oleh : Zaha Mz.
Malam Ahad 27 Syaaban 1439H Bersamaan 13 Mei 2018M Detik : 2.19 pagi

Semoga Bermanfaat Kepada Sesiapa Sahaja Yang Membacanya & Menyampaikannya :

SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

الحمد لله الذى يجزى من أطاعه بالرحمة والسلامة ، ومن عصاه بالخزي والندامة. أحمد الله تعالى وأستغفره . 
أشهد أن لاإله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله وحبيبه .
اللهم فصل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه الكرام ، وعلى التابعين وتابع التابعين لهم بإحسان إلى يوم الزحام .
أما بعد ، فيا عباد الله ، إتقوا الله ، أوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون . 
قال الله تعالى : وذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين .
Tuan-tuan kaum muslimin sekalian !
Marilah kita sama-sama meningkatkan KETAQWAAN kita kepada ALLAH, iaitu dengan mentaati segala SURUHANNYA dan mejauhi segala TEGAHANNYA. 
Tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian !
Sekarang kita berada di akhir Syaaban, manakala bulan yang baru lalu ialah bulan Rejab. Dan beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan RAMADHAN AL MUBARAK ataupun bulan RAMADHAN YANG MAHA BERKAT. 
Kita biasa mendengar penjelasan daripada guru-guru dan juga pensyarah - pensyarah agama bahawa bulan Rejab dinamakan bulan ALLAH, bulan Syaaban bulan RASULULLAH, dan bulan Ramadhan bulan umat Nabi MUHAMMAD S.A.W.
Sesungguhnya bulan - bulan ini mempunyai beberapa kelebihan daripada bulan - bulan yang lain. Amalan - amalan yang kita lakukan didalam bulan - bulan ini diberi pahala yang berganda oleh ALLAH S.W.T. 
Memandangkan kepada kelebihan - kelebihan yang disediakan di dalam bulan - bulan ini maka sayugianya lah kita mengambil kesempatan yang keemasan ini untuk meningkatkan amalan - amalan kebajikan dan menginsafi diri kita masing - masing dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yang akan dipersoalkan semua sekali amalan -amalan yang kita lakukan dan kita kerjakan didalam hidup kita di dunia ini. Dan hendaklah kita bersungguh - sungguh membanyakkan ibadah - ibadah dan amalan - amalan kebajikan di dalam bulan yang berkat ini. Mudah - mudahan kita tidak akan menjadi manusia yang menanggung penyesalan di Akhirat nanti.
Tuan - Tuan Sekalian !
Sesuatu yang maha penting yang mesti kita beri perhatian yang sungguh - sungguh di dalam hidup kita ini ialah PENYAKIT SESAL KEMUDIAN yang mana kalau kita tidak beringat dan kita tidak insafi betul - betul kita akan di timpa penyakit ini. Sesungguhnya PENYAKIT SESAL KEMUDIAN adalah suatu penyakit yang paling merbahaya dan merupakan keburukan yang tak dapat dibaiki lagi. 
Orang - orang yang di serang penyakit ini akan menyesal dan merana sepanjang masa.
Pepatah ada berkata :
"SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI".
Oleh yang demikian bagi mengelakkan diri daripada di serang oleh penyakit yang membahaya ini hendaklah mulai dari hari ini, dan dari saat ini marilah sama - sama kita insaf dan sedar dengan sepenuhnya, marilah kita penuhkan peluang yang ada kepada kita itu dengan sewajarnya.
Anak - anak yang masih di dalam bangku sekolah hendaklah bersungguh - sungguh di dalam pelajaran mulai dari hari ini juga, supaya tidak menyesal kemudian.
Anak - anak muda atau pemuda - pemuda hendaklah berkeadaan lebih serius dalam menabur bakti dan membuat jasa kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA selama tubuh badan masih kuat dan bertenaga .
Orang - orang tua hendaklah lebih banyak berbuat ibadat dan melakukan amal kebajikan sebelum kita sampai ke peringkat akhir di dalam hidup. sebelum hayat sampai ke paras halkum.
Sejarah telah membuktikan bahawa beberapa banyak manusia telah merana dan menyesal iaitu SESAL KEMUDIAN yang tidak berguna lagi.
Punca punca yang selalu menyebabkan berlakunya SESAL KEMUDIAN itu ialah kerana kedegilan manusia itu sendiri atau oleh kerana ia terlalu patuh kepada arahan HAWA NAFSUNYA. Sebagaimana kita telah maklum bahawa KEMAHUAN NAFSU memang tidak selaras dengan PANDANGAN AKAL YANG SIUMAN. AKAL selalu mengajak kita menuju KEBAIKAN sedangkan NAFSU sentiasa mengajak kita kepada KEBURUKAN. AKAL menyuruh kita supaya RAJIN tetapi NAFSU menyuruh kita MALAS. AKAL menyuruh kita supaya BERSUSAH - SUSAH DAHULU supaya di belakang hari kita akan mendapat KESENANGAN, tetapi NAFSU menyuruh kita supaya BERSENANG - SENANG DAHULU, BERSERONOK DAHULU, tak usah memikirkan apa yang akan jadi di hari belakang nanti.
Pertengkaran di dalam jiwa dengan kisah - kisah yang seumpama itu setiap waktu berjalan dengan hebatnya. Mana - mana yang tidak terpengaruh dengan arahan - arahan NAFSU hiduplah ia dengan berpandukan ARAHAN AKAL maka SELAMATlah ia dengan mendapat KEJAYAAN dan beroleh KEMENANGAN di hari kemudian nanti. Manakala yang sepihak lagi mahu hidup berSENANG - SENANG DAHULU, BERSERONOK DAHULU maka mereka pun mengenepikan PERTUNJUK AKAL di samping itu mereka MENTAATI kepada KEHENDAK - KEHENDAK NAFSU.
 Maka manusia dari golongan inilah yang selalu di timpa oleh PENYAKIT SESAL KEMUDIAN.

                                           Gambar Hiasan - Tekunlah belajar di kala muda

Tuan - tuan sidang Jumaat yang mulia !
Di dalam Al Quranul Karim kita boleh dapati beberapa ayat yang menceritakan dari hal orang - orang yang mendapat SESAL KEMUDIAN. Di antaranya boleh kita baca di dalam SURAH AL MUNAFIQUN , di mana ALLAH S.W.T mengkisahkan dari hal manusia yang degil dan memusuhi Allah dan RasulNya. Mereka Bongkak Sombong tidak mahu beriman , mereka kedekut dan bakhil tidak mahu berderma kerana KEBAJIKAN. Tetapi manakala mereka telah terdesak iaitu apabila mereka sedar bahawa nyawa mereka telah sampai ke peringkat akhir atau dengan perkataan lain , bila nyawa mereka hampir - hampir tercabut barulah mereka INSAF dan dengan segala rendah diri . Dan dengan perasaan bersalah dan menyesal, mereka merayu dan memohon kepada ALLAH dengan katanya seperti mana yang tersebut di dalam AL QURANUL KARIM firman Tuhan yang berbunyi :

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
رب لو لا أخرتني إلى أجل قريب  فأصدق وأكن من الصالحين   
Maksudnya : 
" Ya Allah Ya Tuhan, hambaMU bermohon apalah kiranya dengan limpah kurniaMU, tangguhkanlah sedikit MASA lagi daripada mengambil nyawa hamba supaya sempatlah bagi hamba untuk membuat kebajikan dan bersedekah . Mudah - mudahan dapatlah hamba masuk di dalam golongan orang yang baik - baik ".
Allah menjawab rayuan orang - orang degil dan bongkak yang telah menyesal itu dengan firmanNya :

ولن يؤخر الله نفسا إذا جاء أجلها ، والله خبير بما تعملون 

Yang maksudnya :
" Allah tidak akan mempertangguhkan sesiapa pun apabila ajalnya telah tiba. Dan Allah Maha Mengetahui dengan apa sahaja perbuatan - perbuatan yang kamu lakukan.

                                             Gambar Hiasan - Selagi Hidup Beramallah,
                                                                          Di Akhirat memetik hasilnya.

Tuan - tuan sekalian !
Dengan suatu contoh yang diceritakan oleh kitab suci AL QURANUL KARIM seperti yang telah saya bacakan itu cukuplah untuk menjadi peringatan kepada kita supaya kita sentiasa beringat dan berwaspada, semoga dapatlah kita mengelakkan diri daripada di timpa oleh SESAL KEMUDIAN yang tidak berguna itu.
Jalan untuk mengelakkan tidak lain ialah kita mesti berpandukan kepada pertunjuk dan arahan akal dan janganlah kita mengikut arahan dan kemahuan NAFSU yang durjana . Kita mestilah bersusah - susah dahulu, iaitu kita mesti merebut segala peluang yang sedang terbuka di hadapan kita dengan tidak bertangguh - tangguh lagi.
Di dalam perkara ini Nabi MUHAMMAD S.A.W telah menerangkan di dalam sebuah hadis yang masyhur, bahawa kesempatan - kesempatan yang besar yang mesti di rebut oleh seseorang itu bagi mencapai KEBAHAGIAAN dan menjauhkan daripada di timpa kesesalan adalah LIMA KESEMPATAN :
1. Masa kita masih MUDA sebelum datang masa TUA.
2. Masa kita masih SIHAT sebelum di timpa SAKIT
3. Masa kita masih MEWAH sebelum menjadi PAPA dan MELESET
4. Masa kita masih ada MASA LAPANG sebelum tiba MASA SIBUK
5. Masa kita masih HIDUP sebelum kita menemui AJAL.
Inilah LIMA KESEMPATAN yang telah diperingatkan kepada kita satu persatu oleh JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W . Andainya kita dapat rebutkan segala KESEMPATAN - KESEMPATAN yang tersebut itu maka akan selamatlah kita di dalam hidup di Dunia ini dan seterusnya di Akhirat kelak.
Di dalam sepotong ayat dari Al Quranul Karim Tuhan telah menempelak orang - orang yang tidak mahu insaf dan lupa diri dengan firmanNYa :


Tuan - tuan sidang Jumaat sekalian !
Bersempena dengan kedatangan bulan RAMADHAN Al MUBARAK yang akan tiba dalam masa tujuh atau lapan hari sahaja lagi, saya mengambil kesempatan sekali lagi memperingati diri saya sendiri dan tuan - tuan yang dirahmati ALLAH sekalian, marilah kita bersedia dengan sepenuh perasaan untuk menempuh bulan yang berkat itu dengan penuh TAQWA dan IMAN, mudah- mudahan dapat kita isikan dengan IBADAH - IBADAH dan AMALAN - AMALAN KEBAJIKAN yang disediakan di dalam bulan yang maha berkat itu.
بارك الله لي ولكم فى القرءان العظيم , ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم , وتقبل مني ومنكم تلاوته , إنه هو السميع العليم . أستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه , فيافوز المستغفرين ويا نجاة  التائبين 


KHUTBAH JUMAAT
Disampaikan oleh : Ustaz Haji Wan Abdullah Bin Wan Puteh Hafizhahullah.
Di Masjid Syed Muhammad Al Bukhari Pantai Johor.
Ditulis semula oleh : Zaha Mz.
Malam Rabu 30 Syaaban 1439H Bersamaan 16 Mei 2018M Detik : 12.20 malam

Semoga Bermanfaat Kepada Sesiapa Sahaja Yang Membacanya & Menyampaikannya :

ANTARA DUA DERAJAT, MANA SATU PILIHANMU

الحمد لله الذي جعل النارمأوى للمجرمين ، وأعدلهم عذابا أليما ، أشهد أن لاإله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. اللهم صل وسلم وبارك غلى هذا النبي الكريم وإمام المتقين وسيد المرسلين سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
أما بعد ، فيا عباد الله ! إتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون   
   قال الله تعالى وهو أصدق القائلين : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم وأما من خفت موازينه ، فأمه هاوية ، وما أدراك ما هية ، نار حامية         سورة القارعة أية : 8-11
Maksudnya : " Dan adapun orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah HAWIYAH. Dan apakah yang dapat engkau ketahui , Apa dia HAWIYAH itu?. HAWIYAH ialah API NERAKA YANG PANAS MEMBAKAR ".
Sidang Jumaat yang dimuliakan !
Setiap orang yang beriman WAJIB mempercayai kewujudan NERAKA. NERAKA adalah tempat balasan SIKSAAN dan AZAB. Untuk mengelakkan diri daripada menerima balasan Neraka, saya menyeru diri saya sendiri dan hadirin sekalian agar BERTAQWA kepada ALLAH dengan sebenar - benar TAQWA. Dan elakkan diri daripada KEMURKAAN ALLAH iaitu dengan melakukan segala amalan kebajikan serta menjauhi larangan - larangan ALLAH.
Hari ini Mimbar Jumaat mengajak kita semua menginsafi kejadian diri kita dan merenung ke mana kah hendak kita tuju sesudah kita berada di Akhirat kelak. Allah hanya menyediakan dua tempat penginapan iaitu SYURGA sebagai tempat yang penuh dengan NIKMAT dan KESERONOKAN dan satu lagi ialah NERAKA sebagai tempat yang penuh dengan SIKSAAN dan KESENGSARAAN.
Pada hari yang mulia dan bulan yang mulia ini marilah kita merenung akan janji - janji ALLAH kepada golongan yang derhaka dan ingkar , yang melakukan kezaliman dan meninggalkan suruhan - suruhan ALLAH serta gemar melakukan kerja - kerja maksiat dan dosa. Semoga dengan kedatangan bulan RAMADHAN AL MUBARAK yang mana sekarang kita berada di dalam bulan berkat ini akan memberi banyak KEINSAFAN , menggerakkan diri untuk banyak BERTAUBAT dan kembali ke JALAN YANG BENAR dengan melakukan KEBAIKAN dan meninggalkan LARANGAN - LARANGAN dan KEMURKAAN ALLAH Azza Wajalla dengan mengambil sempena bulan berkat, bulan keampunan, dan bulan yang mengandungi kelebihan yang paling besar iaitu عتق من النار "KELEPASAN DARI API NERAKA.
Marilah kita banyakkan BERDOA semoga ALLAH mengurniakan kepada kita KEBAIKAN di Dunia dan KEBAIKAN di Akhirat dan jauhkan kita daripada API NERAKA.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina ANAS RA. katanya bahawa adalah doa yang banyak di baca oleh NABI S.A.W. ialah :
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
Wahai TUHAN kami berilah kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat dan hindarkanlah kami daripada azab NERAKA.

                                       Gambar Hiasan - Guru! Bimbinglah kami 
                                                    menggapai Redha Ilahi

Tuan - tuan sidang Jumaat yang di rahmati ALLAH sekalian !
Untuk mengenali dan mengetahui secara yang lebih mendalam bagaimanakah NERAKA itu dan apakah bentuk SIKSAAN Allah di dalamnya marilah kita renung beberapa keterangan dari AL QURAN dan HADIS semoga menimbulkan rasa INSAF yang mendalam di dalam hati kita.
Di dalam surah AN NISA` ayat 56 ALLAH berfirman :
إن الذين كفروا بآياتنا سوف نصليهم نارا ، كلما نضجت جلودهم بدلناهم جلودا غيرها ليذوقوا العذاب ، إن الله كان عزيزا حكيما .
Maksudnya : “Sesungguhnya orang – orang yang kufur ingkar kepada AYAT – AYAT keterangan KAMI , KAMI akan bakar mereka dalam API NERAKA. Tiap – tiap kali kulit mereka masak hangus Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa AZAB sengsara itu. Dan ingatlah sesungguhnya ALLAH adalah MAHA KUASA lagi MAHA BIJAKSANA”.
 Di dalam SURAH AL MA`ARIJ ayat 15 hingga 18 ALLAH S.W.T berfirman :
كلا إنها لظى . نزاعة للشوى . تدعوا من أدبر وتولى . وجمع فأوعى .
Maksudnya : “Tidak sekali – kali sebagaimana yang diharapkan. Sesungguhnya NERAKA yang disediakan baginya tetap MENJULANG – JULANG APINYA . Membakar serta menggugurkan kulit ubun – ubun dan anggota – anggota tubuh badan. NERAKA itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling dari kebenaran. Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya dengan tidak membayar ZAKAT”.
Firman Allah di dalam SURAH AL MUDASSIR ayat 26 hingga 30 :
سأصليه سقر ، وما أدراك ما سقر . لا تبقى ولا تذر . لواحة للبشر . عليها تسعة عشر .
Maksudnya : “Disebabkan kekufurannya itu, Aku akan memasukkan dia ke dalam NERAKA SAQAR. Dan apakah yang dapat engkau ketahui KEDAHSYATAN NERAKA SAQAR itu. Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkan binasa terus. Ia terus menerus membakar kulit manusia. Pengawal dan Penjaganya adalah Sembilan belas MALAIKAT”.
Ayat 6 hingga 7 SURAH AL MULK pula ALLAH berfirman :
وللذين كفروا بربهم عذاب جهنم وبئس المصير . إذا ألقوا فيها سمعوا لها شهيقا وهي تفور .
Maksudnya : “Dan bagi orang – orang yang kufur ingkar terhadap TUHAN mereka disediakan Azab Neraka Jahannam. Dan itulah seburuk – buruk tempat kembali. Apabila mereka di campak kedalamnya mereka mendengar suara jeritannya meraung – raung, sedang ia menggelegak”.
Di dalam sebuah Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.a bahawa NABI S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya dalam NERAKA JAHIM itu orang – orang yang menderhaka dituangkan Air Panas mendidih ke atas kepala – kepala mereka. Sehingga terus masuk menembusi ke dalam perut mereka. Dan terkeluarlah segala isi perut mereka Nampak meleleh dari kedua tapak kakinya. Dan dialah yang mencairkan isi perut itu. Kemudian dikembalikan lagi sebagaimana semula”.
Tuan – tuan kaum muslimin yang dirahmati Allah sekalian !
Sebagai kesimpulan dan pengajaran daripada keterangan – keterangan ayat AL QURANUL KARIM dan HADIS yang tersebut sebentar lalu maka hendaklah kita memahami dengan rasa penuh KEINSAFAN.
1. Setiap orang yang beriman wajib mempercayai kewujudan NERAKA yang menjadi tempat balasan siksaan bagi orang – orang yang derhaka dan ingkar PERINTAH ALLAH dengan melakukan MAKSIAT dan DOSA.
2. Setelah manusia di hisab dan di dapati dosanya banyak penderhakaan kepada ALLAH maka Neraka mengalu-ngalukan kedatangannya. Setiap kali dilemparkan mereka ke dalam NERAKA, Penjaga Neraka akan bertanya :
ألم يأتكم نذير
“Apakah tidak pernah datang (semasa di dunia dahulu) orang-orang yang memberi peringatan?”.
Ini adalah pertanyaan yang berupa ejekan . Kerana sebenarnya PERINGATAN telah di bawa dan disampaikan oleh Para Rasul dan di sambung oleh Para Ulamak yang ada di sekeliling mereka. Tetapi AL QURAN dan HADIS tidak diamalkan dan Ulamak ditinggalkan.
3. Siksaan di dalam NERAKA sungguh DAHSYAT, MENAKUTKAN, PENUH SENGSARA dan AZAB. Dengan API yang Maha Panas MEMBAKAR. Jika dibandingkan dengan Api di dunia ialah sebanyak 70 kali ganda PANASNYA.
4. Azab yang di terima berganda-ganda dan tidak putus-putus. Kulit yang di bakar hangus lalu dijadikan semula dan di BAKAR lagi dan akan berterusan sedemikian sebagai BALASAN yang ADIL daripada ALLAH di atas KEDEGILAN tidak MEMATUHI PERINTAH-PERINTAH ALLAH.
5. Semasa menerima AZAB SIKSAAN, tidak ada JALAN PULANG lagi, tidak ada pertolongan daripada sesiapa dan tidak ada PENEBUSAN lagi. DUNIA yang MENIPU kita dan MELUPAKAN TANGGUNGJAWAB kepada PENCIPTANYA telah membawa KECELAAN. Oleh itu AWASILah Dunia agar kita tidak menjadi HAMBA DUNIA dengan MELUPAKAN DIRI untuk menjadi HAMBA kepada ALLAH S.W.T.
6. Marilah kita BERTAUBAT secara TAUBAT NASHUHA daripada melakukan DOSA, MEMELIHARA IMAN dan melaksanakan TANGGUNGJAWAB dan PERINTAH-PERINTAH ALLAH. Menjadi sebagai HAMBA yang BERSYUKUR di atas ANUGERAH NIKMAT-NIKMAT hidup di DUNIA ini.
Mudah-mudahan terpeliharalah kita daripada SIKSAAN API NERAKA.
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار 

                                           Gambar Hiasan - Didiklah anak-anak 
                                                                       mencintai Al Quran

Tuan-tuan sekalian !
Sebuah HADIS lagi yang diriwayatkan oleh Sayyidina Anas Bin Malik R.a Rasulullah S.A.W bersabda :
“Siapa yang MEMOHON kepada Allah agar dimasukkan ke dalam SYURGA sebanyak tiga kali, SYURGA akan BERDOA kepadanya : “Ya ALLAH, Masukkanlah dia ke dalam SYURGA. Dan siapa yang MEMOHON dijauhkan daripada API NERAKA sebanyak tiga kali, NERAKA akan BERDOA kepadanya : Ya ALLAH, Hindarkanlah dia daripada NERAKA”.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
والذين يبيتون لربهم سجدا وقياما . والذين يقولون ربنا اصرف عنا عذاب جهنم ، إن عذابها كان غراما .
سورة الفرقان أية : 64 دان 65.
Maksudnya :
“Dan Mereka yang DIREDHAI ALLAH ialah yang TEKUN mengerjakan IBADAH kepada TUHAN mereka pada MALAM HARI dengan SUJUD dan BERDIRI. Dan juga yang BERDOA : Wahai TUHAN kami, Sisihlah AZAB NERAKA JAHANNAM dari kami . Sesungguhnya AZAB SIKSAANNYA itu adalah MENGERIKAN”.
بارك الله لي ولكم بالقرءان العظيم , ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم , وتقبل مني ومنكم تلاوته  إنه هو السميع العليم .
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه  

إنه هو الغفور الرحيم .


Ulasan

  1. Izin download gambah Abah Guru Sekumpul dan KH. Zainuddin MZ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama6/06/2022

      Ya bisa2. Silahkan

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERKHIDMATAN

KENALI KAMI