PROPOSAL PUSAT PENGAJIAN USWATUN HASANAH ALLANTANI
ڤوست ڤڠاجين أسوة حسنة اللنتاني
PUSAT PENGAJIAN USWATUN HASANAH ALLANTANI
( AS0381763-X )
KG. TENGAH, MUKIM TUALANG, 06400 POKOK SENA,
KEDAH DARULAMAN, MALAYSIA BARAT.
MULA
DITUBUHKAN APRIL 2017
PENGETUA
UST. ZAIM MZ
Khadimul Ummah
جاڠن ملتقكن ڤوترا ڤوتري دتمڤت يڠ تيدق جلس
SELAYANG PANDANG
SAF KEPIMPINAN PENTADBIR
PUSAT PENGAJIAN USWATUN HASANAH ALLANTANI
PENAUNG
Tuan Haji Roslan Bin Haji Hussin
DIURUS TADBIR OLEH :
Ikatan Santri Langitan Asal Malaysia Di Indonesia
(I.S.L.A.M.I)
ISLAMI GROUP 1991
Presiden :
Abdul Latiff Bin Othman (019
5646589)
Timbalan :
Mohd Zaim Bin Hamzah (018
9416567)
Setiausaha:
Osman Bin Saad (019
5965123)
Bendahari:
Mohd Nazim Abd. Kudus (013 4054815)
AJK KEHORMAT:
1. Mohd Rafaee Bin Yatim (01112195181)
2. Zakiruddin Bin Mat Saad (013 4704617)
3. Abdullah Bin Majid (018
4713095)
4. Abu Bakar Bin Ali (019
5579439)
5. Ahmad Bin Awang Mina (017 3342976)
6. Hasmezul Faizal Bin Hashim (019 3288669)
SALAM TAARUF
TAK KENAL MAKA TAK CINTA, DARI CINTA TIMBUL SAYANG,
DARI SAYANG TERBINA KASIH
“BERSAMA MEMBINA SILATURRAHIM”
SELINTAS
INFO & PERANCANGAN MASA HADAPAN
OLEH : UST
ZAIM MZ - PENGETUA
PUSAT
PENGAJIAN USWATUN HASANAH ALLANTANI
Adalah
sebuah Institusi Pengajian Islam yang baru ditubuhkan oleh Alumni Pondok
Langitan Jawa Timur, Indonesia di atas sebidang tanah -+ 2 Relong yang
diwaqafkan oleh Tuan Haji Roslan Bin Hj. Hussin dan mula beroperasi di bangunan
rumah peninggalan arwah ayah dan ibunya pada hari Rabu 5 April 2017M bersamaan
9 Rejab 1438H . dimulai dengan Pengajian Al-Quran & Fardhu `Ain peringkat
kanak-kanak yang bermula dengan 35 orang
pelajar, (21 lelaki dan 14 perempuan) dari anak-anak tempatan kampong
Tualang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
Kelas
pengajian diadakan pada sebelah malam, 4 hari dalam seminggu. (Rabu hingga
Sabtu) yang terdiri dari 4 orang tenaga guru lelaki.
Majlis
Bacaan Yaasiiin dan Solat Hajat telah diadakan untuk memohon pertolongan Allah
dan keberkatan dariNya pada malam awal pengajian yang turut dihadiri oleh Tuan
Haji Roslan dan kumpulan Marhaban kampong tersebut selain
daripada pelajar dan para waris dan para guru.
Setelah
mendapat kerjasama yang padu dari Tuan tanah, para waris dan sokongan
masyarakat setempat dan luar maka pihak kami merasa perlu untuk meluaskan lagi
sesi pengajian kepada Pengajian Tahfiz Al-Quran Dan Pengajian Kitab-Kitab
Turats yang pastinya memerlukan kepada penyediaan prasarana yang lebih
lengkap, sempurna dan selesa. Dan kami merancang untuk
membina bangunan kukuh berlantai tiga. Lantai bawah untuk Ruang
Solat (Surau), ruang belajar, pejabat, bilik rehat guru & tetamu dan ruang
makan.
Dan
tempat penginapan pelajar akan berada di lantai dua, manakala lantai tiga akan
dibuat Dewan Karya Penulisan dan Gedung Produk Pondok & Makmal Komputer.
Akhirnya,
kami mentargetkan seandainya siap lantai bawah pada tahun ini dan boleh
ditempati maka kami akan membuka permohonan pelajar pada awal Januari tahun
2018M, InsyaAllah. Wassalam.
MATA
PELAJARAN
MATA
PELAJARAN TERAS:
Hafaz
Quran, Fardhu Ain Arab & Melayu, Bahasa Arab, Inggeris, Jawa Dan Siam
MATA
PELAJARAN SENI:
Seni
Suara (Tarannum/Marhaban/Burdah), Seni Khat, Seni Silat, Seni Pidato
MATA
PELAJARAN SOSIAL:
Mahir
Niaga, Mahir Kebun, Mahir Ceramah, Mahir Tukang, Mahir Pengurusan
MATA
PELAJARAN KHIDMAT:
Khidmat
Gotong Royong, Khidmat Khatam Quran, Khidmat Mengajar, Khidmat Kenduri ,
Khidmat PA Sistem, Khidmat Melayan Tetamu, Khidmat Khutbah, Khidmat Talqin,
Khidmat Mengarang, Khidmat Menjahit , Khidmat Gunting Rambut, Khidmat
Menyembelih Binatang, Khidmat Bekam, Khidmat Menoreh Getah, Khidmat Memasak,
Khidmat Potong Rumput, Khidmat Perubatan, Khidmat Pelancongan, Khidmat Mandi
Mayat, Khidmat Pertolongan Cemas, Khidmat Kem Motivasi. Khidmat Muthawwif Haji
& Umrah, Khidmat Menulis Khat.
TEMPOH
MASA PENGAJIAN :
1.
Pengajian Selama 4 Tahun : Menerapkan Adab-Adab Islam Dalam Hidup Sehari-Hari.
HAFAZ KITAB MATAN, ANTARANYA :
Nahwul Wadhih,
Matan Jurumiah, Amsilah Tashrifiyah, Matan Alfiyah, Matan Ghayah, Matan
Jauharatut Tauhid, Aqidatul Awam, Baiquniyah
Dan Lain-Lain Kitab Matan.
MAHIR BACA KITAB
ARAB DAN KITAB JAWI,
Belajar Hingga
Khatam, Berlatih Mengajar & Mengarang.
2.
HAFAZ QURAN 10 JUZ SETAHUN
X 3 Tahun = 30 Juz.
Tahun 4 Syahadah Tahfiz & Qiraat, Khidmat
& Ta`lim ( Alim, Hafiz & Serba
Boleh )
3.
Para Pelajar Diwajibkan Menabung, Sehari (min) Rm1.00 X 4 Tahun = Rm1440.00
4.
Belajar Dengan Sungguh2, Bekerja Dengan Tekun (Beramal Soleh) .
5.
Sambung Belajar Di Pondok Langitan 6 Tahun.
Kita
Di Hari Ini Adalah Impian Di Masa Lalu
“TIADA HARI TANPA MELAKUKAN AMAL SOLEH”
“ Dalam Usia Yang Sudah Maghrib Ini, Sudah Sampai Masanya
Kita Buat Simpanan Bekalan Amal Jariah Untuk Kita Ke Sana (Akhirat) ”.
“ Saya Sangat Seronok Dan Sejuk Mata Memandang Bila
Melihat Pelajar Berpakaian Putih Berjalan Beramai-Ramai Menuju Ke Masjid, Satu
Perasaan Puas Dan Seronok Bila Ini Kelak Dapat Terwujud Di Sini (Tanah Yang
Diwaqafkan) ”.
“ Semoga Menjadi Amal Jariah Yang Mengalir Pahalanya
Kepada Arwah Ayahanda Dan Bonda Saya Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah. Dan
Membolehkan Sesiapa Sahaja Yang Tergerak Hatinya Untuk Memberikan Apa Jua
Sumbangan Kepada Pusat Pengajian Ini , Itulah Sedikit Impian Dan Hasrat Saya Di
Penghujung Usia Ini ”.
“ Semoga Allah Merahmati Kita Semua Dan Menerima Amal
Soleh Kita Semua ”.
SEMOGA DIBERKATI ALLAH DAN DIMUDAHKAN SEGALA URUSANNYA.
Ulasan
Catat Ulasan